Bercakap tentang pelamin, kami sebenarnya mempunyai konsep dan identiti tersendiri..
Bagi mereka yang selalu mengikuti perkembangan koleksi pelamin NURIZ dari masa ke semasa, tentunya mereka akan faham tentang konsep yang kami cuba tonjolkan untuk setiap majlis yang kami kendalikan.
Konsep pelamin NURIZ adalah ‘simple n nice’..Kami padankan dengan warna-warna neutral segar sepanjang zaman iaitu putih. Kami gemar tekankan penggunaan warna putih/offwhite ini bagi membayangkan kepada para tetamu tentang kesegaran majlis tersebut, sucinya jalinan kasih kedua mempelai dan yang penting warna ini tidak akan luput ditelan zaman. Kami anggapkan putih akan tetap segar di pandangan mata walaupun masa beralih 10 tahun lagi..Warna ini juga kami anggapkan bukan warna bermusim..
![]() |
| CONTOH PELAMIN WARNA PUTIH |
Bagi pelanggan yang memahami konsep yang kami cuba tonjolkan ini, pastinya koleksi pelamin NURIZ akan menjadi pilihan anda.
Jika pelanggan yang masih inginkan warna tema pilihan mereka ditonjolkan di pelamin , kami tidak akan menghampakan hasrat mereka..Cara kami adalah dengan mengkombinasikan warna putih dengan warna tema pada bunga-bunga, sedikit kain berwarna tema jika perlu, mengikut kesesuaian. Akan tetapi, kami masih mengekalkan ciri-ciri ‘fresh’ dan ‘evergreen’ pada setiap pelamin yang dihasilkan sesuai dengan konsep RINS ‘simple n nice’.
Tujuannya juga, kami ingin menonjolkan keserian pakaian pengantin yang digayakan semasa bersanding. Jadi, tidak timbul masalah baju pengantin sama dengan kain pelamin, apabila foto siap, gambar pengantin kurang menyerlah atau pandangan mata seolah pelamin terlalu sarat apabila kain, bunga, aksesori pelamin, bunga telur diolah dengan warna yang sama dengan warna pakaian pengantin.

