Friday, 4 March 2011

....pelamin

PELAMIN 

Bercakap tentang pelamin, kami sebenarnya mempunyai konsep dan identiti tersendiri.. 
Bagi mereka yang selalu mengikuti perkembangan koleksi pelamin NURIZ dari masa ke semasa, tentunya mereka akan faham tentang konsep yang kami cuba tonjolkan untuk setiap majlis yang kami kendalikan. 

Konsep pelamin NURIZ adalah ‘simple n nice’..Kami padankan dengan warna-warna neutral segar sepanjang zaman iaitu putih. Kami gemar tekankan penggunaan warna putih/offwhite ini bagi membayangkan kepada para tetamu tentang kesegaran majlis tersebut, sucinya jalinan kasih kedua mempelai dan yang penting warna ini tidak akan luput ditelan zaman. Kami anggapkan putih akan tetap segar di pandangan mata walaupun masa beralih 10 tahun lagi..Warna ini juga kami anggapkan bukan warna bermusim.. 

CONTOH PELAMIN WARNA PUTIH
Kami utamakan pemilihan serta padanan warna untuk menghasilkan sesebuah pelamin kerana inginkan singgahsana yang didirikan untuk setiap pelanggan kami akan tetap segar di mata walaupun musim berubah..
Bagi pelanggan yang memahami konsep yang kami cuba tonjolkan ini, pastinya koleksi pelamin NURIZ akan menjadi pilihan anda.

Jika pelanggan yang masih inginkan warna tema pilihan mereka ditonjolkan di pelamin , kami tidak akan menghampakan hasrat mereka..Cara kami adalah dengan mengkombinasikan warna putih dengan warna tema pada bunga-bunga, sedikit kain berwarna tema jika perlu, mengikut kesesuaian. Akan tetapi, kami masih mengekalkan ciri-ciri ‘fresh’ dan ‘evergreen’ pada setiap pelamin yang dihasilkan sesuai dengan konsep RINS ‘simple n nice’.

Tujuannya juga, kami ingin menonjolkan keserian pakaian pengantin yang digayakan semasa bersanding. Jadi, tidak timbul masalah baju pengantin sama dengan kain pelamin, apabila foto siap, gambar pengantin kurang menyerlah atau pandangan mata seolah pelamin terlalu sarat apabila kain, bunga, aksesori pelamin, bunga telur diolah dengan warna yang sama dengan warna pakaian pengantin. 

.........sekadar info untuk dikongsi

PAKAIAN PENGANTIN 
..ramai jugak di kalangan pelanggan NURIZ yang menyediakan bunga telur dulu sebelum memilih pakaian pengantin.biasanya masalah akan timbul semasa hari pemilihan pakaian. 

Apabila pelanggan datang ke tempat kami, mereka diberi peluang utk mencuba pelbagai patern serta warna bagi mendapatkan pakaian yang paling sesuai & mampu menyerlahkan seri pengantin. 

Kadang-kadang, warna pilihan bunga telur yang dah dibeli tu, kurang sesuai untuk pakaian mereka/warna yang lain lebih menyerlahkan seri mereka.Jadi, masalah selalu timbul bila berkenan baju warna lain, tapi sebab bunga telur dah dibeli, jadi baju terpaksa jugak mengikut warna bunga telur. 

Padahal, elemen paling utama untuk dipilih dahulu adalah pakaian..apabila pakaian cantik,sesuai, maka ini dapat membantu si pemakai untuk bergaya dengan lebih yakin semasa hari bersejarah nanti. 

Jadi, sebelum berbuat apa2, lakukan survey dahulu tentang pakaian yang bakal anda gayakan..bila sudah dapat pakaian yang sesuai, jadikan lah warna tersebut sebagai tema/panduan untuk membeli kelengkapan lain.. 

Setiap orang mempunyai bentuk badan yang berbeza,warna kulit berlainan..mungkin jugak sedikit masalah di bahagian2 tertentu khususnya kepada perempuan.jadi, pilihlah pakaian yang menepati keperluan anda, bukan mengikut apa yang anda lihat cantik dipakai oleh orang lain. 



FOTO 
jangan berkira utk memilih jurufoto yg profesional dlm menghasilkan gambar2 yg 'fresh'.. 
ini jgk elemen penting dlm persediaan majlis anda.Dapatkan servis yang terbaik dengan harga berpatutan dgn apa yang dihasilkan..gabungan pelamin yg tersergam indah, busana pengantin yang menarik,solekan yang menyerikan wajah pengantin serta jurufoto yang kreatif,sekaligus akan membuatkan majlis anda kelihatan sungguh bermakna,sempurna,meriah,menarik dan yang penting nampak 'grand'..mampu menceritakan segalanya kepada rakan2/saudara yang tidak dapat hadir di majlis anda.. 
PENTING kerana ini untuk mengabadikan hari bersejarah anda bagi tatapan hingga ke anak cucu..

Thursday, 3 March 2011

4/3/2011 (PEMBUKAAN BUTIK NURIZ)

Alhamdulilah ke hadrat Allah s.w.t kerana kami telah berjaya membuka butik pengantin idamam kami.
Butik ini kami namakan Butik Nuriz hasil nama saya dan rakan kongsi saya. . Mari kita lihat list di bawah :

Butik Nuriz
NUR ASSILLA AMIRAH - NUR
MOHD ISMAIL - IZ

                            =BUTIK NURIZ

Teratak Butik kami di :

No 1 Jln Ahmad Shah,
Perumahan Kedai Baru,
08000 Kuantan,
Pahang.